fbpx

Ditegur Ramai, Che Ta Padam Video Anak Berbikini

Tidak dinafikan perkongsian bersama ibu bapa mengenai perkembangan dan juga aktiviti cahaya mata di laman sosial meia memang menyeronokkan namun bagi apa yang terjadi kepada Che Ta, video anaknya, Aaisyah berbikini boleh menjadi sumber kepada pelaku hina golongan pedofilia.

BACA: Che Ta Tak Suka Wanita Rampas Suami Orang

“Saya memuat naik video itu sekadar suka-suka, selepas melihat keletah anak yang lucu. Saya juga pada awalnya tidak membaca pun komen yang ditinggalkan pengikut dan netizen. Beberapa hari selepas itu, barulah saya perasan komen mereka yang memohon video berkenaan dibuang”

“Jadi, saya padamkan video terbabit. Saya memang tiada masalah untuk berbuat begitu,” jelasnya kepada BH Online. Ada bagusnya juga Che Ta memadam video berkenaan kerana mereka yang berada di dunia laman sosial ini pun kadangkala hadir dengan pelbagai niat.

Selain mendapat nasihat daripada pengikutnya, ada juga yang menyifatkan perkongsian video pelakon wanita berkenaan adalah comel. Apa pun, sebagai ibu pastinya apa yang terjadi ini akan menjadi peringatan. Mungkin bagi kita tidak ada yang tidak kena namun berbeza bagi mata-mata yang berada di luar sana. . (rtky/s)