fbpx

Che Ta Tak Suka Wanita Rampas Suami Orang

“Orang yang akan menghancurkan hidup perempuan adalah perempuan itu sendiri” ujar Rozita Che Wan mengenai golongan perampas suami orang. Jelas pelakon yang lebih mesra dipanggil dengan panggilan Che Ta ini, sebagai seorang wanita, mereka tidak dapat menghalang suami berkahwin dengan wanita lain, tetapi boleh menghalang diri untuk berkahwin dengan suami orang.

BACA: Rita Rudaini Kecil Hati Dengan Izreen Azminda

“Kalau kita kahwin dengan lelaki bujang, kita tak boleh nak halang kalau suami nak berkahwin lain. Tapi kita sebagai wanita, boleh halang diri kita untuk berkahwin dengan suami orang. Malah saya sendiri tidak menghalang poligami. Cuma kalau kita tahu lelaki tersebut sudah berkahwin, kita elakkan”

“Saya memang tak suka wanita yang ambil suami orang. Sebab saya takut orang ambil laki (suami) kita,” selorohnya ketika ditemui pada majlis pengenalan duta Koperasi Tunas Muda Sg Ara Berhad, di sebuah hotel di ibu negara, sebentar tadi.

Dalam majlis berkenaan, Che Ta telah dilantik selaku duta syarikat berkenaan.

Menegaskan tidak menujukan kenyataannya kepada individu secara khusus, Che Ta berkata pengalaman lalu banyak mengajarnya.

“Nasib seseorang qada’ dan qadar berbeza. Kalau seseorang lelaki dapat wanita secantik bidadari sekalipun, kalau dia nak kahwin lain sama juga,” ujarnya.

Justeru Che Ta sempat menitipkan pesanan buat mereka yang pernah diduga rumah tangga dan kini bergelar ibu tunggal.

“Bagi yang telah dimadukan, saya harap mereka teruskan kehidupan. Tak perlu untuk melihat benda yang sudah berlalu.

Past is past. Mungkin jodohnya dengan suaminya setakat itu sahaja. Malah mungkin juga kehidupan dan rezeki yang lebih baik juga bakal menanti,” ujarnya. (rtky/h)