fbpx

Dira Ajak Golongan Lelaki Sertai Kempen Cegah Rogol

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai isu rogol. Susulan itu, pelakon dan pengarah Dira Abu Zahar mengajak golongan lelaki turut sama dalam kempen menentang jenayah rogol bagi membentuk masyarakat harmoni dan selamat.

Menurut Dira, golongan lelaki perlu memainkan peranan penting bagi menghentikan keganasan ataupun jenayah itu kerana mereka inilah yang sepatutnya menjadi pelindung.

BACA: Dira Abu Zahar Selepas Bergelar Isteri Ahli Perniagaan

“Yang lebih menarik adalah bukan setakat mahukan perhatian perempuan yg sering dikaitkan sebagai mangsa, tetapi juga lelaki. Ini kerana lelaki memainkan peranan yang paling penting dalam memastikan perkara ini dapat dikawal dan seterusnya membenterasnya.

“Orang lelaki patut ambil bahagian dalam kempen ini demi memastikan keharmonian hidup semua lapisan masyarakat yang sepatutnya menjadi pelindung kepada keluarga mereka termasuk anak-anak perempuan mereka,” katanya kepada Malaysiakini.

Mengambil inisiatif mengajurkan kempen kesedaran jenayah rogol melalui penganjuran forum, Dira berkata masyarakat hari ini bukan saja terdedah kepada jenayah rogol, bahkan jenayah sumbang mahram.

Forum diberi nama “Isu rogol: pemangsa serakah vs mangsa menyerah”, bertujuan bagi mengupas isu rogol dari setiap sudut dalam mendidik masyarakat.

“Oleh itu kami amat berharap golongan lelaki dapat menyertai kempen ini yang bertujuan mendidik masyarakat.

“Kita mahu meneruskan usaha memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya untuk mengawal situasi seperti ini,” katanya.