fbpx

Dira Abu Zahar Selepas Bergelar Isteri Ahli Perniagaan

Empat tahun solo, pelakon dan pengarah Dira Abu Zahar selamat diijabkabulkan dengan seorang ahli perniagaan, Syfik Izdzywan Sidek, 46 tahun pada 10.30 pagi tadi. Majlis pernikahan diadakan secara sederhana di Masjid Al-Azim, Melaka.

Pada majlis tersebut, Syfiq menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas lima dari pengantin perempuan. Dira menerima mas kahwin RM1,000, bagaimanapun jumlah wang hantaran dirahsiakan.

BACA: Dira Abu Zahar Sindir Syed Saddiq Di Twitter?

Dira dan suaminya berkenalan kira-kira setahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Terdahulu, Dira pernah berkahwin dengan pengarah Helmi Yusof pada 2011 kemudian berpisah pada tahun 2016, bagaimanapun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sebelum itu, Dira berkahwin dengan vokalis kumpulan Bau, Ash atau Tengku Shafriz-Rullah pada 2007 dan bercerai pada 2011. Hasil perkahwinan mereka mempunyai seorang anak perempuan kini berusia 12 tahun.