fbpx

Dini Schatzmann Pertahan Kekasih, Harap Janna Nick Tak Berubah

Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan apabila pelakon dan pengacara Janna Nick diserang netizen dan peminat K-Pop apabila didakwa mempersendakan Lisa Blackpink dengan menulis ‘Lisa Blackpig’.

Tampil mempertahankan kekasihnya, pelakon berdarah kacukan iaitu Dini Schatzmann berkata dia lebih mengenali Janna yang memiliki hati yang baik dan sentiasa positif ketika berdepan ujian.

BACA:Kembali Aktif Di Instagram, Janna Nick Tapis Ruangan Komen

“Orang selalu mempunyai andaian dan pendapat mereka sendiri tentang awak. Tetapi ia terlindung melalui mata mereka sendiri dan hanya melihat apa yang mereka nampak tentang awak.

“Penghujungnya hanya awak tahu niat dan isi hati awak. Orang yang rapat tahu siapa awak. Allah mengetahui apa dalam hati awak. Jadi jangan pernah berubah.

“Saya tahu awak mempunyai kebaikan dalam hati yang jarang ditemui. Awak positif dalam semua perkara, korbankan diri untuk tolong orang lain dan niat awak baik,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian di Instagram, Dini turut memuat naik gambar bersama Janna dengan kapsyen memberi kata-kata semangat buat kekasihnya.

“Kehidupan ada pasang surut, kita ada kisah untuk diceritakan. Apa pun jadi, saya sayang awak,” tulisnya.