fbpx

Kembali Aktif Di Instagram, Janna Nick Tapis Ruangan Komen

Selepas sehari menghilang, akhirnya pelakon dan pengacara Janna Nick kembali mengaktifkan semula Instagram miliknya selepas dinyahaktif susulan kontroversi artis K-Pop.

Memuat naik perkongsian mempromosikan drama terbaru lakonannya Marry Me Senorita, Janna turut menulis luahan rasa menerusi entri itu.

BACA: Naim Daniel Nasihatkan Janna Nick ‘Hilangkan Diri’ Seketika

“Anda takkan dapat kawal bagaimana orang menerima semangat yang anda berikan. Setiap perkara yang anda lakukan atau katakan ditapis melalui mata orang yang melihat dan dikaitkan dengan apa yang mereka rasakan, yang tentunya bukan mengenai anda.

“Terus lakukan apa yang anda lakukan dengan penuh integriti dan penuh kasih sayang,” tulisnya.

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis, keluarga serta peminat gembira apabila Janna kembali aktif di Instagram serta memberi kata-kata semangat kepada pengacara Melodi itu.

Beberapa hari lalu, hangat diperkatakan apabila Janna dikecam teruk oleh netizen dan peminat K-Pop apabila didakwa mempersendakan Lisa Blackpink dengan menulis ‘Lisa Blackpig’.