fbpx

Dikecam Main TikTok, PU Abu Harap Sempat Bertaubat

Nampaknya satu demi satu kontroversi terpalit pendakwah bebas, Pencetus Ummah Abu (PU) Abu. Terbaru, tindakan PU Abu memuat naik video menari TikTok di Instagram miliknya mengundang kecaman hebat netizen.

Menerusi perkongsian tersebut, PU Abu memberitahu dia hanya menyahut cabaran Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad. Menurutnya lagi, TikTok hanya sekadar hiburan sahaja selain mampu merapatkan hubungan sesama insan.

BACA: PU Abu Harap Netizen Berikannya Peluang Perbaiki Diri

https://www.instagram.com/p/B-weEQDpGbh/?utm_source=ig_embed

Rata-rata netizen mengkritik tindakan PU Abu itu kerana tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang ustaz. Malah, ada yang meminta PU Abu membuang gelaran Pencetus Ummah kerana beranggapan pendakwah itu tidak layak.

Tidak hanya berdiam diri, PU Abu dilihat membalas komen netizen dengan mengharapkan netizen mendoakan agar dia sempat bertaubat.

PU Abu turut menjelaskan bahawa dia sudah berkali-kali mengatakan dirinya bukan ustaz. Malah, ada netizen yang tampil menjelaskan status PU Abu bukan seorang ustaz tetapi hanya pendakwah bebas.

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen mengambil peluang ini untuk ‘menyerang’ Abu dengan bertanyakan soalan punca dia bercerai bersama bekas isteri. Tidak kurang juga ada netizen menyifatkan PU Abu seorang yang ‘gatal’.

Terdahulu, PU Abu meminta agar netizen serta masyarakat memberinya peluang untuk memperbaiki diri, menjadi seorang insan yang lebih baik. PU Abu berkata dia mahu memperbaiki hubungannya dengan Allah dan sesama manusia.

Bagaimanapun, Abu enggan mengulas mengenai penceraian dengan bekas isterinya Hana Azraa. Minggu lalu, Hana mendedahkan dia dan PU Abu bukan lagi suami isteri dan tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi.