fbpx

Didakwa Pakai Kasut Tiruan, Awal Ditipu ‘Orang Tengah’?

Nampaknya tahun 2018 beberapa bulan saja lagi menghampiri penutup dan kita di laman sosial hari ini dihidangkan dengan kisah Awal Ashaari. Kali ini, sekali lagi Awal terpalit dengan isu barang tiruan. Jika dulu baju, sekarang ini kasut pula. Panas isu ini menjadi perbalahan di kalangan ahli streetwear tegar.

BACA: Awal Ashaari Dikecam Gara Gara Status #GodBlessAmerica

Semuanya berpunca daripada sebuah akaun Instagram sebelum ini yang terkenal kerana mendedahkan identiti selebriti yang memakai barangan fake (tiruan) berjenama. Akaun tersebut sebelum ini yang pernah dipadam, kini kembali aktif.

Melalui kenyataan akaun tersebut, kasut yang digunakan Awal adalah tiruan kerana terdapat perbezaan di antara kasut milik selebriti itu dan juga yang asli. Namun Awal kemudiannya menyatakan bahawa dia memperoleh kasut tersebut melalui cawangan jenama terkenal itu di ibu kota sekali dengan gambar resit pembelian.

Membuatkan cerita lebih menarik, kasut tersebut sebenarnya tidak dipasarkan di Malaysia namun Awal boleh dapat pula dan dia turut berkongsi screenshot di Insta Stories mengenai perbualan di antara pembeli kasut (orang tengah) tersebut.

Apa yang pasti, akaun Instagram yang mendedahkan perkara tersebut dalam masa yang sama menyatakan bahawa Awal perlu berhati-hati selepas ini mempercayai orang untuk mendapatkan kasut baru tersebut. Isu asli atau fake ini tidak akan pernah habis. Masing-masing dengan pendirian sendiri. (rtky/s)