Awal Ashaari Dikecam Gara Gara Status #GodBlessAmerica
Dalam kunjungan terbaru pelakon dan pengacara Awal Ashaari ke bumi Amerika Syarikat untuk menyertai pertunjukkan New York Fashion Week, beliau sempat mengirimkan satu status di Instagram yang mendoakan kesejahteraan Amerika Syarikat.
Status itu dimuatnaik bersempena dengan ulangtahun ke-17 serangan ke atas Word Trade Centre di New York yang mengorbankan ribuan nyawa pada 11 September 2001. Namun, hashtag #GodBlessAmerica telah disalah erti oleh sesetengan peminat yang marah dengan status itu.
Ada yang sanggup menyatakan yang Awal Ashaari sendiri sesat dalam dunia Islam sehingga mahu mendoakan kesejahteraan Amerika Syarikat yang melalui perspektif mereka sebagai tidak mesra dengan umat Islam.
Tidak kurang juga yang berfikiran positif tentang status Awal Ashaari yang dilihat dari sudut kemanusian kerana korban dalam tragedi 11 September itu turut melibatkan pelbagai kaum dan agama termasuk mereka yang beragama Islam sendiri.
Kami tahu yang Awal Ashaari tidak akan melatah dengan isu remeh sebegini namun kami berharap peminat boleh lebih terbuka pemikiran tentang isu global sebegini. (rtky/m)
- SUMBER
- Forum CARI
Oiii…awal hidung ko kembang semangkuk xpyh berangan laa acah2 cam artis international…ntah2 artis kat sne pn x knl ko sape…??…dia ni bajet cam artis international je..berlakon kat malaysia pn suam2 kuku..lain laa klu si henry org sarawak tu…org amerika knl dia…henry tu pn relek2 je xde laa poyo cam ko ni awal oii…
#GodblessAmerica
Religion is religion. Apa kena mgenanya dgn America. Korang ingat kat America nun tak bersepah kak jemah kak senah. Otak ader ke. Alim konon. Bodo mgalahkan Trump.
Ala ala urban la konon …muka jawa kampong laki bini …tak sedar diri .
Jilisla tu….