Tahniah kami ucapkan kepada Diana Amir dan juga suami yang sudah pun selamat menyambut kelahiran bayi perempuan yang juga cahaya mata pertama mereka mereka pada 5.45 pagi semalam dan sehingga kini belum lagi diberi nama.

BACA: Diana Amir Akui Sukar Jumpa Skrip Filem Yang Sesuai Dengan Imej


Diana-Amir-Selamat-Lahirkan-Anak-Perempuan

Melihatkan kepada akaun Instagram Diana sepanjang menunggu waktu bersalin, dia kelihatan tenang dan sempat juga melayan komen peminat di laman sosial tersebut malah dia juga sempat membantu membuat persiapan hantaran pernikahan adik lelakinya.

Selain itu, ada juga peminatnya sudah mengucapkan tahniah di atas kelahiran anak sulung perempuan di akaun Instagram milik pelakon itu. Apa-apa pun semoga Diana sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan kami pun tidak sabar untuk melihat wajah comel cahaya mata pertama Diana.

Diana dan suami, Mohd Habib Bullah A. Rahman sebelum ini telah mengikat tali perkahwinan pada 25 Oktober 2013 dalam satu majlis sederhana tetapi meriah yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya. (rtky/syfq)