fbpx

Di Sekitar Majlis Pertunangan Fattah Amin, Fazura

Baru baru ini para peminat pasangan Fattah Amin dan Nur Fazura menerima berita gembira tentang pertunangan mereka selain perancangan mereka untuk berkahwin tidak lama lagi.

Rata rata peminat menyambut baik pertunangan Fattah Amin dan Fazura dengan memberikan komen positif mereka terhadap pasangan ini — dan tidak kurang juga yang tidak sabar menanti gambar sekitar majlis pertunangan.

BACA: Fattah Amin Lembutkan Hati Fazura Untuk Kahwin

Semalam menerusi kemaskini terbaru di Instagram, Fazura telah memuatnaik tiga video pendek yang dirakamkan sekitar majlis pertunangan mereka yang telah berlangsung pada 13 November lalu.