Dayana Roza Selamat Bertunang Dengan Ahli Perniagaan
Tahniah diucapkan kepada pelakon Dayana Roza yang selamat mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan A’dale Adham Ayahudin, 33 tahun petang tadi.
Dayana berkata hampir enam tahun berkenalan dia menerima lamaran A’dale selepas melihat usaha jejaka itu yang serius dalam perhubungan mereka. Dayana akui dahulu dia tidak menyenangi tunangnya itu.
BACA: Dayana Roza Bakal Bertunang Dengan Ahli Perniagaan
“Dulu tak sukakan dia kerana suka sangat cari gaduh dan menyakat saya. Pernah juga cakap perkara kawan saya, kalau dia lelaki yang terakhir di dunia ni pun sayaakan fikir banyak kali untuk kahwin dengannya.
“Tapi rupa-rupanya dialah lelaki yang menghargai saya, Alhamdulillah,” katanya kepada mStar Online.
Pasangan itu mengadakan majlis pertunangan secara tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan media di Damai Glasshouse, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, tunangnya A’dale berkata dia terbuka hati untuk menjadikan Dayana sebagai isteri kerana terpikat dengan sikap pelakon tersebut.
Tambah A’dale, empat tahun lalu dia pernah menyatakan hasrat untuk meminang Dayana namun ditolak. Ujarnya, merkea merancang untuk melangsungkan pernikahan pada pertengahan Disember depan.
“Datuk saya tak berapa sihat, biasalah sakit tua. Jadi kalau boleh nak percepatkan majlis pernikahan.
“Empat tahun lepas masa kami masih berkawan saya ada cakap nak meminang dia tapi dia tolak. Tapi saya cakap pada dia yang satu hari nanti saya akan kahwini dia juga,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Congrats kak Roza
Kan bagus macam ni. Single sama single.
Bukan suami orang.
Saya doakan yg terbaik buat jodoh kamu.
soooo sweet..dh kne tolak tp masih setia..mcm dlm drama lah..anyway congrats x amik laki org..ade je laki single..nk x nk jew..huhu
tak pilot,bisnesman..tak bisnisman,pilot. ..majoriti retis memang tak pergi jauh dari golongan nie .
@makcik bawang jeles. habis tu ko nk kahwin dgn jantan biawak hidup ke. org bodoh mcm ko je nk hidup susah. konon sanggup susah senang bersama podah melayu
Lawalah plak kaler ijau baju tunang kau..pada mata aku lah kan..
Any single guys out there? I mmg xnk laki org tp nak cari single guys yg ok susah sob sob sob
Tunang tak yah cite sgt
Kawin baru cite