fbpx

Dayana Roza Bakal Bertunang Dengan Ahli Perniagaan

Bakal melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan dalam masa terdekat, Dayana Roza mendedahkan dia mengenali bakal tunangnya, Adale Adham sejak enam tahun lalu.

Sedang giat melakukan persiapan, bagaimanapun Dayana masih merahsiakan tarikh majlis tersebut demi menjaga hati kedua-dua belah keluarga. Ujarnya, dia akan memberitahu bilakah majlis akan diadakan apabila tiba masanya nanti.

BACA: Jorge Lorenzo Kongsi Foto Mesra Dengan Dayana Roza Di Bali

“Memang dalam perancangan bertunang. Insya-Allah dalam masa terdekat ni. Tapi buat masa ini demi menjaga hati kedua-dua belah keluarga, saya tidak boleh beritahu tarikh lagi.

“Sekarang ini tengah buat persiapan. Insya-Allah tidak lama lagi saya akan beritahu nanti,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Dayana berkata bibit percintaan mereka hanya mula berputik pada tahun ini sebelum mereka berdua membuat keputusan melangkah ke fasa yang lebih serius. Malah, Dayana juga merancang untuk mengakhiri zaman bujangnya tahun ini juga.

Terdahulu, Dayana menerusi satu entri di Instagram berkongsi sekeping foto yang memaparkan mereka berdua mengenakan pakaian sedondon berwarna hitam.