fbpx

Jorge Lorenzo Kongsi Foto Mesra Dengan Dayana Roza Di Bali

Baru saja mengumumkan persaraannya dari dunia MotoGP, selepas dilihat kurang berjaya dan menyerlah pada perlumbaan musim ini, nampaknya ada perkara menarik dikongsikan oleh bekas juara dunia MotoGP, Jorge Lorenzo di Instagramnya.

Difahamkan, Lorenzo kini sedang bercuti di Bali, Indonesia dan apa yang menjadi tumpuan ramai adalah apabila juara dunia MotoGP lima kali itu memuat naik gambar mesra bersama pelakon Dayana Roza di dalam kolam mandi.

BACA: Dayana Roza: Merokok, Pergi Kelab Itu Hak Peribadi

Namun, ini bukan kali pertama Dayana bergambar bersama dengan Lorenzo. Beberapa minggu lalu, Dayana turut memuat naik sekeping gambar mereka bersama dengan ucapan selamat maju jaya selepas Lorenzo mengumumkan persaraannya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sejauh mana hubungan mereka berdua, sama ada menjalin hubungan istimewa atau mungkin secara kebetulan terserempak di sana.

Terdahulu, Lorenzo dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Indonesia, Nikita Mirzani selepas aktres itu memuat naik fotonya mencium pipi Lorenzo.