fbpx

Datuk Vida Cabar Datuk Siti Nyanyi I Am Me

Bukan mudah untuk menepis bahang lagu I Am Me nyanyian Dato Vida ketika ini lebih lebih lagi lebih ramai pihak yang tampil membuat parodi lagu berkenaan. Malah baru baru ini, pelakon Fasha Sandha juga dilihat turut menyanyikan semula lagu tersebut.

BACA: Dato Vida Rasa Sakit Hati Digelar Badut

“Saya tak sangka ramai buat video parodi I Am Me, ini membuktikan orang ramai menerima lagu nyanyian saya ini.
“Sekarang saya nak seru Siti (Nurhaliza) bawa lagu saya ini… tapi boleh ke dia? Saya nak tengok I Am Me versi Datuk Siti pula,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, berkongsikan kisah lagu berkenaan, dia mengakui bahawa pada mulanya bimbang sekiranya lagu tersebut tidak akan mendapat perhatian atau tidak mencapai tahap yang diinginkannya.

“Mulanya saya bimbang andai lagu ini dan nyanyian saya tidak mencapai tahap yang saya inginkan. Jadi saya terpaksa ambil risiko. Tapi alhamdulillah tak sangka ia meletup dan jadi viral di seluruh dunia. Nampaknya pertaruhan saya menjadi,” katanya. (rtky/s)