fbpx

Dato Vida Rasa Sakit Hati Digelar Badut

Tidak dinafikan lagu terbarunya, I Am Me memang menjadi fenomena di laman sosial kini sampaikan yang terlantar koma bertahun lama boleh bangun untuk menutup radio. Memang hebat penangan lagu itu! Tetapi disebalik kejayaan itu, Datuk Seri Vida akui terguris dengan kritikan peminat yang melampau.

“Kadang-kadang saya terkasima dengan perkataan yang tak terjangka akan keluar. Ada yang kata saya badut, Oh My God, itu adalah sesuatu yang paling menyakitkan hati, tapi nak buat macam mana mereka tak memahami saya. Syok sendiri apa, saya kena berkarya cara saya”

“Tak boleh duduk diam dengan benda yang stereotype atau benda yang sama. Saya sukakan sesuatu yang berlainan, itu cara saya sebab tu kadang-kadang orang kata saya trend setter, saya leading, ada kata saya idealis, Alhamdulillah,” katanya kepada m Star Online.

Meskipun terus mendapat kecaman peminat, namun Datuk Vida tidak pernah serik untuk tampil dengan pelbagai kelainan bagi melariskan produk kecantikkannya. Jelasnya ini bukanlah kritikan pertama yang dihadapinya, namun kadang kala hati tetap terguris dengan kata-kata nista peminat.

Apapun semoga Datuk Vida terus tabah dan kuat untuk terus menjadi usahawan berjaya. Mungkin pelik dan kelakar video yang dihasilkan tetapi itulah tujuannya supaya dapat menarik minat peminat yang menontonnya, lagi bagus bila sudah menjadi viral seperti sekarang. (rtky/w)