Datuk Red Bakal Nikah Julai Depan

Bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Red mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya pada Julai depan.

Memetik mStar Online, Datuk Red majlis pernikahan mereka akan diadakan secara sederhana dan mahu fokus kepada yang wajib sahaja.

BACA: “Saya Reda Cuma Terasa Hati Satu Tiket Untuk Bapa Pun Tak Ada” – Datuk Red

“Ya InsyaAllah bulan 7 nanti. Saya buat dekat KL, ringkas-ringkas saja. Buat majlis nikah saja,” katanya.

Sementara itu, Datuk Red berkongsikan wanita yang bakal menjadi suri hatinya bernama Rohanita yang merupakan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata. Kata Datuk Red, dia tertarik dengan sifat peribadi usahawan itu yang memahami dirinya dalam dunia perniagaan.

“Saya jatuh cinta sebab dia cepat faham perangai saya. Kita sama-sama berniaga. Berborak pasal perniagaan. Jarang borak pasal bercinta. Kami memang fokus berniaga.

“Saya kenal dia dalam tahun ini juga. Asalnya dari tolong reviu barang dan berniaga, lama-lama kami berkenalan dan akhirnya nak berkahwin,” katanya.

Tambah Datuk Red lagi, bakal berkahwin tidak lama lagi sekaligus membuktikan bahawa dia sudah move on dari kisah lalu serta bersyukur bakal isteri menerima dia seadanya.

“Saya nak kahwin sebab ada yang kata saya belum move on. Jadi saya buktikan dengan berkahwin dengan wanita ini. Alhamdulillah dia terima saya seadanya. Terima di saat saya tak ada apa-apa. Saya kahwin bukan sebab nak minta tolong bayar hutang, saya hanya nak berniaga dengan dia,” katanya.

Sumber: mStar Online

×