Bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Red berkata dia terkilan tidak dapat tiket masuk bagi menyaksikan pentas akhir Talk To My Manager musim kedua.

Memetik mStar Online, Datuk Red berkata dia cuba untuk mendapatkan tiket dari beberapa pihak untuk menyaksikan persembahan anaknya namun usahanya tidak berjaya.

BACA: Datuk Red Mohon Maaf Kepada Adira

“Saya tak dapat tiket. Saya reda cuma terasa hati takkan satu tiket untuk bapa pun tak ada. Saya dah cuba hubungi pengurus Adira, dia kata tak ada peruntukan untuk saya.

“Saya hubungi orang Astro pun tak ada jawapan. Takkanlah tak ada tiket saya nak pergi. Saya hanya nak tengok anak saja. Saya malas nak bising-bising sekarang, tak mengapalah,” katanya.

Sementara itu, Datuk Red berkata meskipun tidak dapat hadir namun dia menonton persembahan anaknya itu di rumah serta bangga dengan kejayaan Anggrek.

“Kadang-kadang kalau nak cakap nanti ramai orang kecam sebab tak suka saya. Sejahat-jahat seorang bapa, saya tetap bangga dengan kejayaan anak.

“Kalau saya cakap lebih nanti orang kata saya ‘claim’ lebih. Memang daripada Anggrek ‘kosong’ sampailah dia berjaya sekarang bukan daripada usaha saya.

“Tapi sebagai bapa saya tetap menyokong dan menonton seorang diri di rumah. Menitik juga air mata saya lihat Anggrek menang malam tadi (Ahad)” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Red berkata dia belum menghubungi Anggrek kerana mereka berhubung menerusi pembantu rumah.

“Selepas Anggrek menang saya tak ada menghubunginya kerana saya hanya boleh berkomunikasi dengan bibik (pembantu rumah) saja.

“Saya masih lagi mengikut perintah hadanah kalau nak bertemu dengan anak-anak bolehlah. Tapi kalau untuk berkomunikasi memang saya tak ada nombor telefon Anggrek. Saya pun tak ada berhubung dengan Adira sebab dia masih sekat nombor saya,” katanya.

Sumber: mStar Online

×