Nampaknya para peminat menyambut baik perubahan diri penyanyi Alyah sekembalinya beliau dari menunaikan umrah baru baru ini dengan tampil bertudung penuh melalui gambar di Instagram.

Menurut Alyah seperti di’laporkan mStar Online hari ini, niat dihati untuk bertudung sudah lama beliau pendamkan tetapi kunjungan ke Mekah baru baru ini menguatkan niat untuk terus bertudung.

“Sejak menunaikan umrah, saya nekad untuk terus berimej sebegini — perubahan ini juga disebabkan satu insiden yang tidak boleh saya kongsi di sini di mana ia membuatkan hati saya terbuka untuk mengubah imej saya”

“Tambah pula dengan usia yang semakin meningkat, sudah tiba masanya untuk saya berubah ke arah kebaikan,” jelas Alyah.

Apabila di’tanya tentang respons ‘kekasih’ beliau Datuk Ramli MS, Alyah berkata konduktor muzik terkenal itu menyokong penuh penampilan baru ini & sekali lagi menyatakan yang mereka masih mengenal hati budi.