fbpx

“Pernah Berdepan Senapang Di Bawah Dagu, Saya Impi Mati Syahid”

Penyanyi Heliza Helmi antara selebriti yang paling aktif menyertai dalam misi keamanan dan kemanusian di luar negara untuk membantu saudara Islam di Palestin dan Syria.

Heliza mengakui ianya bukan mudah serta banyak cabarannya. Ujarnya, setiap kali menyertai misi kemanusian dia sering mengingati dirinya bahawa kemungkinan untuk kembali ke tanah air dalam keadaan bernyawa sangat tipis.

BACA:“Hati Emma Sangat Baik” – Heliza Helmi

“Setiap kali pergi misi bantuan kemanusiaan, pasti Allah akan bagi pengalaman yang di mana kami berhadapan dengan nyawa di hujung tanduk.

“Tiket pergi ada, tiket kembali mungkin tidak ada. Terdapat satu pengalaman, kami diberitahu yang kawasan ini tidak selamat tetapi kami kami tiada pilihan. Kami hanya berselawat ketika ingin keluar. Selepas beberapa minit, tempat yang kami lalui itu meletup (akibat dibom),” katanya.

Dalam pada itu, Heliza turut berkongsikan pengalaman getir dimana dia pernah berhadapan dengan situasi selaras senapang berada di bawah dagunya. Ketika itu dia hanya mampu berdoa dan mengimpikan untuk mati syahid.

“Setiap kali berada di sana, saya mengimpikan mati syahid malah saya pernah berhadapan dengan selaras senapang yang berada di bawah dagu.

“Saya berdoa ya Allah ambillah nyawaku. Wahai jiwa-jiwa yang tenang, pergilah mengadap Tuhanmu dalam keadaan kau reda dan diredai,” katanya lagi.