fbpx

Kongsi Rezeki, Amir Raja Lawak Bayar Zakat 

Perkongsian Amir Raja Lawak menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambarnya membuat pembayaran zakat di Pusat Pungutan Zakat (PPZ) untuk tahun 2022.

Menerusi perkongsiannya itu, Amir meluahkan rasa syukur di atas rezekinya ntuk tahun 2022 serta berharap tahun hadapan dia dapat berkongsi lebik banyak lagi rezeki.

BACA: Amir Raja Lawak Dipuji Tak Pernah Mengeluh Tiada Job, Tak Malu Jual Air Tepi Jalan

Amir turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang menyokong perniagaan air jagungnya Amirreka HQ dan perniagaan bundle yang diusahakannya.

“Syukur di atas rezeki pada tahun 2022 ini. Terima kasih kepada yang berkongsi rezeki kerja seni dengan saya,juga yuga support bisnes Air Jagung Amirreka HQ dengan bisnes bundle Amirreka Garment – Bundle Diver saya pada tahun ini ye.

“Tahun 2023 saya doakan agar saya dapat berkongsi rezeki lebih lagi supaya lebih ramai yang dapat manfaat, amin InsyaAllah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Amir memaklumkan dia akan memulakan semula perniagaan air jagungnya awal tahun depan kerana ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan.