fbpx

Nur Fazura: Saya Belum Check-Up Lagi

Pelakon yang baru sahaja pulang berbulan madu, Nur Fazura menjelaskan bahawa dia belum lagi melakukan pemeriksaan ke atas kandungannya kerana sebelum ini sebuah video tular mengatakan dia kini sedang mengandung.

BACA: Koleksi Beg Tangan Fazura Bernilai Lebih RM300k

“Saya tak tahu saya mengandung ke tak. Sebenarnya video-video viral itu satu gurauan sahaja, sebab saya ni gedik-gedik, dalam honeymoon tu saya terlepas kot-kot mengidam ke, hanyalah sekadar gurauan sahaja”

“Lagipun saya belum buat check-up lagi. Insha Allah kalau ada berita yang baik, saya takkan rahsiakan, saya akan kongsikan,” katanya yang ditemui di Majlis Pratonton Ayat-Ayat Cinta 2, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Fazura turut memberitahu akan mengadakan majlis resepsinya tidak lama lagi, cuma belum dapat dipastikan lagi tarikh yang sebenar. (rtky/h)