Bercerai sebanyak tiga kali tidak menghalang usahawan berjaya, Datuk Seri Vida untuk terus mencari teman hidup. Kali ini, Datuk Vida menginginkan calon suami yang mempunyai mata kelabu ala-ala jejaka mat salleh dan yang paling penting beliau haruslah suka membeli-belah.

BACA: Datuk Vida Cabar Datuk Siti Nyanyi I Am Me


“Dia kena ada karakter yang saya mahukan, bermata kelabu tapi ada ke calon seperti itu. Dia juga kena terima diri saya seadanya. Lelaki mana sanggup terima kalau sekali shopping saya borong 14 handbag. Pengsan lelaki tu”

“Dalam banyak-banyak resume, ada yang dari Finland dan Scotland. Tapi saya tak tengok pun lagi, takut nanti terjatuh cinta,” katanya berseloroh kepada portal Projek MMO mengenai ciri-ciri calon suami yang diingininya.

Selain itu, Datuk Seri Vida juga menetapkan jejaka itu haruslah menyanyangi anak-anaknya serta bersikap jujur dan amanah. Mungkin bekas suami-suami sebelum ini tidak suka membeli-belah dan bermata kelabu sehingga Datuk Seri Vida mengemukakan syarat sebegitu bukan.


Memang hebat penangan lagu I Am Me, sampaikan orang luar negara turut menghantar resume untuk memperisterikan Datuk Seri Vida. Apapun, diharapkan Datuk Seri Vida bertemu jodoh dengan lelaki yang jujur dan bukan memperisterikannya diatas sebab-sebab tertentu. (rtky/w)