Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Jenama Antarabangsa

Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha tampil berani apabila membatalkan kontrak dengan beberapa jenama antarabangsa pro Israel selepas dikecam teruk sebelum ini.

Memetik mStar Online, Daiyan berkata dia mengambil tindakan tersebut selepas menerima teguran daripada orang ramai dan dia mengambil serius mengenai isu di Palestin.

BACA: Netizen Terkejut Tengok Babak ‘Cium Berlapik’ Hun Haqeem, Daiyan Trisha

“Saya ingin memaklumkan saya sudah membatalkan kontrak dengan beberapa jenama yang saya bekerjasama.

“Saya terima segala teguran. Saya ambil serius tentang isu ini dan sekarang ini adalah tindakan dan menunjukkan pendirian berterusan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Daiyan berkata dia enggan mengulas mengenai kerugian serta penalti yang dikenakan susulan tindakannya menamatkan kontrak berkenaan.

Semoga tindakan Daiyan ini dapat dijadikan contoh buat selebriti lain diluar sana untuk mengambil serius dalam menunjukkan soladiriti buat Palestin.

SUMBER: mStar Online