fbpx

Da’i Syed, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Tak Lama Lagi

Pendakwah selebriti, Da’i Syed berkongsikan khabar gembira pada 1 Syawal lalu apabila isterinya, Hana Ismail kini sedang hamil anak sulung mereka.

Menerusi perkongsian di Instagram, Da’i Syed memuat naik gambarnya bersama isterinya sedondon mengenakan baju raya warna hijau dan Hana dilihat memegang perut serta menampakkan baby bump.

BACA: Da’i Syed Anggap Video Menari Dengan Isteri Tak Berlebihan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYED IQMAL ? (@daisyed_)

Sementara itu, menerusi perkongsian di Insta Story, Syed berkata tahun depan mereka bakal beraya bertiga pula. Namun tidak didedahkan usia kandungan bayi sulung mereka.

“Tahun depan Insya-Allah sudah tidak berdua lagi,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah serta mendoakan agar dipermudahkan urusan kehamilan.

Tahun lalu, Syed berkongsikan khabar duka apabila isterinya mengalami keguguran ketika kandungan mencecah 10 minggu.