Da’i Syed Anggap Video Menari Dengan Isteri Tak Berlebihan
Pasangan selebriti Da’i Syed dan Hana Ismail tampil menjelaskan isu video menari bersama berikutan ada netizen kurang senang dengan perkongsian mereka itu.
Memetik Xtra, Syed berkata perkongsian mereka itu tidak berlebih-lebihan dan dia hanya mahu mencipta kenangan bersama isteri.
BACA: Terkinja-Kinja Menari, Netizen Tegur Tudung Isteri Da’i Syed Makin Singkat
“Kita tidak ingat tentang hari sebab itu kita ingat tentang kenangan. Jadi saya banyak mencipta kenangan dengan isteri saya.
“Kita mengetahui yang kenangan itu yang kami paparkan di media sosial di Instagram dan TikTok, saya yakin benda tu takdalah terlebih atau berlebih-lebihan,” katanya.
Sementara itu, Syed berkata dia juga tidak pernah menggelarkan mereka sebagai pasangan ikon Islamik seperti diperkatakan netizen. Bagaimanapun, Syed dan Hana berkata mereka menerima segala teguran diberikan netizen secara terbuka.
“Ada yang komen mengatakan Hana ni seorang ustazah itu dan ini, mungkin mereka belum mengenali dia. Hana ni sebenarnya nak jadi cikgu, bukan belajar di Mesir pun. Dia pun dalam proses penghijrahannya, jadi kami tidak meletakkan kami seorang yang ikon Islamik.
“Bagi kami sendiri, itu tanggapan mereka. Kami memilih untuk berkongsi sebab kalau tak kongsi apa-apa momen nanti akan jadi fitnah juga. Orang akan fikir kami ada masalah rumah tangga.
“Jadi segala tanggapan mereka terhadap kami itu terserah kepada mereka. Kami pun tak boleh nak minta semua orang sukakan kita. Masing-masing ada pilihan. Apa yang boleh dikatakan, berbaik sangkalah dengan orang.
“Kami pun manusia biasa kemungkinan ada salah dan silap, kami terima teguran-teguran untuk perbaiki diri kami sendiri. Tapi kalau teguran itu sampai menghina, mencerca kami terkilan jugalah,” jelasnya.
Sebelum ini, satu akaun TikTok menegur tindakan seorang pendakwah bebas memuat naik video menari bersama isteri tanpa rasa segan silu.
- SUMBER
- Xtra
Klu nk cipta knangan pn, smpn tuk dri sndri sdah.yg p post tnjuk kek org, pe motif?
Hodoh video ko
spesis kecik2 mak bapak suap makan taik ni. dua2 ekor laki bini sama
biaq p depa la…. kat tiktok tu memang ramai yang menari. netizen buat2 tekejut lak… apa kata jgn ada tiktok… or filter je jgn ada segmen nari2 lalu kat FYP… menda leh adjust kan…aku suka je tengok orang menari btw, teringin nak belajar menari gak… exercise….
Betul tu.. menari dia elok je pun dari gelek2 shelup busuk Ira zakar..
Hihihi
Motif menari terkinja by wanita bertudung and bekas da’i?
Dari duk mengutuk mencari salah orang,baik korang perbaiki diri korang tu jadi lebih baik…tkdak mnfaat ambil tau psl hal org pun korg juga dapat dosa kan??