fbpx

“Dah Tu Saya Kena Posing Macam Abang-Abang Ke?”

Baru-baru ini, gambar Janna Nick dan Eyka Farhana menjadi perhatian sehingga dituduh netizen menggalakkan LGBT . Tidak kurang juga ada netizen mendakwa kedua pelakon itu kelihatan seperti kekasih sesama jantina.

Bagaimanapun, Janna menjelaskan mereka hanya posing untuk menunjukkan kemesrasaan dan tidak berniat untuk membuatkan netizen berfikir hingga ke arah itu. Katanya lagi, ianya perkara biasa jika berjumpa dengan rakan perempuan.

BACA: Gambar Cium: Mereka Yang Fikir Ke Arah LGBT!

“Bagi saya, gaya sebegitu agak normal jika dilakukan sesama perempuan kerana secara semulajadinya perempuan bersifat manja dan mesra.

“Selain itu, saya dan Eyka bergaya sebegitu untuk menunjukkan angle yang menampakkan jawline kami. Dah tu saya kena posing macam abang-abang ke,” katanya seperti dipetik Astro Gempak.

Rasanya itu sememangnya perkara biasa kalau perempuan jumpa kawan baik mereka. Tapi kalau sudah namanya selebriti, semuanya nampak serba tak kena di mata netizen.