fbpx

Gambar Cium: Mereka Yang Fikir Ke Arah LGBT!

Tidak dapat dinafikan bahawa kini isu LGBT sedang hangat diperkatakan, bukan saja di Malaysia malah turut dirasakan di serata dunia. Baru-baru ini, gambar Janna Nick dan Eyka Farhana turut menjadi perhatian sehingga dituduh dengan pelbagai perkara berkaitan jantina yang sama.

BACA: Foto ‘Bercumbu’ Eyka Farhana & Janna Nick Dikritik Galakkan LGBT

“Foto itu tiada apa-apa maksud, ia hanya sekadar momen bergambar dengan seorang rakan, terserah pada perspektif masing-masing yang melihat. Mungkin hal LGBT ini sudah semakin meluas diperkatakan, jadi orang ramai mula mengaitkan semua benda dengan isu tersebut”

“Sampaikan perbuatan yang tak ada kena mengena pun turut dikaitkan sama. Mereka yang fikir ke arah itu!,” jelasnya kepada mStar Online.

Bagi Janna, apa yang dikongsikan hanyalah sekadar perasaan kasih sesama manusia selain mahu menyebarkan perasaan cinta terhadap orang sekeliling. Orang biasa ramai saja buat pun di laman sosial namun jika sudah namanya selebriti, begitulah jadinya. (rtky/s)