fbpx

“Dada Saya Leper Tapi Lebih Besar Dari Otak Korang”

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila Sharifah Sakinah memuat naik fotonya memakai gaun seksi menampakkan bahagian dadanya. Rata-rata netizen seakan terkejut dengan foto yang dimuat naik itu, malah ada yang meminta untuk memadamnya.

Malah, ada netizen bertanyakan adakah suaminya tidak marah berkongsikan berkenaan. Tidak kurang juga, posting berkenaan turut dihujani dengan komen lucah serta ada yang mengkritik saiz buah dadanya yang bersaiz kecil.

BACA: “Kecik Sangat Tak Payahlah Tunjuk”

Tampil bersuara mengenai foto tersebut, Sakinah mengatakan mengapa perlu sibuk tentang rumah tangga orang dan jika netizen tidak suka boleh sahaja unfollow akaunnya di Instagram.

Mengulas mengenai komen netizen yang mengkritik dadanya leper, Sakinah berkata tidak baik menghina tubuh badan seseorang dan turut memberikan kata-kata pedas kepada mereka yang menghina fizikalnya.

“Kenapa deorang nak sibul hal rumah tangga orang. Butang unfollow ada dekat atas tu. Kalau tak tahu saya boleh ajar.

“Saya baca sebahagian komen, ada yang cakap dada saya leper. Sebenarnya tidak boleh menghina fizikal orang lain tubuh badan. Tak baik jugakla sebab seksi kan. Tapi sekurang-kurangnya lebih besar dari otak korang,” katanya.

Dalam pada itu, Sakinah mengakui kesilapannya kerana memuat naik gambar berkenaan. Ditanya mengapa tidak memadam gambar berkenaan, Sakinah berkata dia sudah melakukan kesalahan tersebut dan tidak langsung menegakkan tindakkannya itu.

“Takkan korang tak tahu saya suka perhatian? Nak tegakkan pun tak boleh. Saya tahu saya salah dan saya tidak lawan serta tidak menegakkan dengan berkata “Ini hidup saya”, “Itu antara saya dengan Tuhan”, saya tak pernah cakap macam tu.

“Lebih bagus dengan hanya meminta maaf sahaja. Pintu taubat masih terbuka dan saya minta semua orang untuk mendoakan saya jadi yang lebih baik,” katanya.