Siapa sangka, niat murni Yana Samsudin dan suaminya, Fadzil Zahari membersihkan tandas awam kerana keadaan yang terlampau kotor menjadi perbualan ramai namun bagi pasangan ini, perkara tersebut bukanlah dibuat dengan niat untuk menunjuk-nunjuk.

BACA: Yana Samsudin Teruja Dapat Duit Raya Dari Suami


Cuci Tandas Awam, Yana Samsudin & Suami Dipuji Masyarakat - ROTIKAYA20150721_5811

“Tidak timbul istilah ingin menunjuk-nunjuk kebajikan yang dibuat kerana apa yang kami lakukan adalah seikhlas hati. Saya sendiri tidak memuat naik gambar ketika suami membersihkan tandas wanita yang kotor kerana ada najis itu’

“Saya sebenarnya sedang beratur hendak menggunakan tandas, namun hidung saya terbau sesuatu yang sangat busuk. Malah, saya menutup hidung menggunakan tudung saya kerana tidak tahan dengan bau itu. Saya difahamkan air tiada dan ia menyukarkan lagi pengguna untuk menggunakan tandas”

“Saya meminta suami saya membelikan air mineral beberapa botol dan ada antaranya saya gunakan untuk menjirus di lantai tandas itu. Selepas selesai menggunakan tandas, saya dan suami mencari hos dari luar untuk membersihkan najis di dalam tandas itu,” jelasnya kepada BH Online.


Siapa tidak sukakan tandas yang bersih bukan? Apa-apa pun, tindakan pasangan ini sepatutnya menjadi contoh kepada mereka yang suka tinggalkan ‘bahan buangan’ bersepah-sepah di tandas awam tanpa rasa bersalah. (rtky/s)