fbpx

Yana Samsudin Teruja Dapat Duit Raya Dari Suami

Meskipun harga barang asas meningkat namun Yana Samsudin bersyukur kerana permintaan terhadap jualan biskut raya sepanjang bulan Ramadan lalu mendapat sambutan menggalakkan malah ada pelanggan yang sudah membuat tempahan dua minggu sebelum bulan berpuasa.

“Tahun ini masih lagi jual 12 jenis cookies. Tapi ada juga cookies yang kita tak buat tahun ini kerana cookies tersebut menggunakan minyak sapi. Disebabkan minyak sapi naik harga, jadi kita tak buat cookies tu walaupun masih terima permintaan dari pelanggan”

BACA: Yana Samsudin Akur Sambut Raya Di Kampung Suami

“Alhamdulillah tempahan banyak. Malah ada juga pelanggan sudah membuat tempahan mereka sebelum bulan puasa lagi,” katanya yang sudah menjalankan perusahaan Yana Super Cookies sempena raya Aidilfitri sejak beberapa tahun lalu.

Hari raya tahun ini juga merupaka kali pertama Yana beraya sebagai isteri. Memandang dia sibuk dengan perniagaan dan pengacaraannya, kata Yana, awal-awal lagi dia sudah membuat persiapan untuk menyambut raya terutama keperluan untuk suami tersayang, Fadzil Zahari.

“Awal-awal lagi sya sudah pilihkan baju untuk suami. Dia suka warna-warna gelap. Saya teruja nak beraya di rumah keluarga mertua. Tapi yang paling saya nantikan ialah duit raya daripada suami,” tambah Yana Samsudin lagi kepada Malaysian Digest.

Yana mengikut Fadzil pulang beraya di Jitra, Kedah dan kemudian baru dia pulang ke kampungnya di Yong Peng, Johor.Sementara itu, berkongsi pula mengenai perkembangan kerjaya, Yana berkata dia kini selesa dengan pengacaraan. Tetapi tidak bermakna dia akan meninggalkan terus dunia lakonan.

“Saya sekarang seronok mengacara, tapi saya masih lagi terima tawaran berlakon. Bergantung juga pada jadual saya. Kedua-dua saya mahu seiring,” ujarnya. Selain itu, Yana juga bakal melancarkan jenama pakaiannya sendiri tidak lama lagi. (rtky/fr)