fbpx

Cik B Beli Kereta Mewah RM1.7 Juta, Nombor Plat CB111 Sempena Hari Jadi

Perkongsian anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B membeli sebuah kereta mewah jenama G Wagon Brabus G63 sempena ulang tahun kelahiran yang ke-19.

Menerusi perkongsian di TikTok, dapat dilihat Cik B bersama ibu dan juga adik lelakinya ke sebuah showroom dan kelihatan sebuah kereta ditutup dengan kain hitam berserta hiasan belon.

BACA: Cik B Terkejut DSV Bayar RM420,000 Untuk Bilik Hotel Di Mekah

@cikb_havoc

Replying to @nb ? it’s definitely G63, gangg!! #tiktokmalaysia #g63 #mercedes #merc #cars #mercedesbenz #mercedesamg #mercedesf1 #cikb #bossb #onthisday #fyp #foryoupage #fyp??viral #foryou #surprise #zxycba #tiktok #masukberanda

? Redbone (feat. The Notorious B.I.G. & 2Pac) – $TURCK

Kemudian, pekerja pusat pameran kereta berkenaan menarik kain hitam tersebut dan kelihatan kereta mewah milik Cik B berwarna hitam dengan nombor plat CB111 seperti namanya.

Dalam pada itu, Cik B turut menitipkan ucapan terima kasih buat ibunya sehingga dia berjaya membeli kereta mewah berkenaan sempena hari jadinya pada 19 Mei ini.

“Jadi, bulan lima ini adalah bulan kelahiran Cik B iaitu pada 19 Mei jadi Cik B beli Brabus Original.

“Terima kasih mama, tak boleh beli tanpa mama. Alhamdulilah, dikurniakan seorang ibu yang hebat, kata, pandai, bijak, comel dan cantik,” tulisnya.

Perkongsian Cik B itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mengucapkan tahniah di atas kejayaannya itu.