fbpx

Cik B Terkejut DSV Bayar RM420,000 Untuk Bilik Hotel Di Mekah

Pempengaruh media sosial Cik B terkejut apabila mendapat tahu ibunya, usahawan terkenal, Datuk Seri Vida membayar sebanyak RM420,000 untuk bilik hotel sepanjang berada di Mekah.

Menerusi perkongsian di TikTok, Cik B memuat naik video melakukan room tour bilik hotel mereka ketika menunaikan ibadah umrah serta turut bertanyakan kepada ibunya berapa harga bilik berkenaan.

BACA: Dah Ada Bodyguard, Cik B Cuma Perlukan Kekasih

@datoserividaofficial

Replying to @Dan @cikb_havoc66 Setiap kejayaan hasil berkat doa dan usaha kita . NAK BERJAYA KENA BUAT LEBIH DARI ORANG LAIN YA SAYANG ?? #KongsiBersama #fyppppppppppppppppppppppp #masukberanda #fyp??viral #foryoupage #masukfypdong #dsvida #umrah2024 #cikb

? original sound – QU PUTEH BARULAH PUTEH – QU PUTEH BARULAH PUTEH

Turut menjadi perhatian, bilik hotel yang diduduki mereka berhadapan dengan Masjidil Haram. 

Malah, Vida mengatakan harga tersebut berbaloi kerana mempunyai pemandangan menakjubkan dan berdekatan dengan masjid.

“Berbaloi dengan harga, dapat view macam ni dan dekat je. Turun bawah terus Masjidil Haram,” kata Vida.

Difahamkan, Vida bersama anak-anak menunaikan ibadah umrah dua minggu sebelum Aidilfitri.