Chef Wan Kesal Adik-Beradik Tak Nak Jaga Mak
Baru-baru ini, selebriti cef popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan meluahkan rasa sedih dengan keadaan ibunya, Cik Ani yang bertambah teruk dan memerlukan penjagaan yang rapi.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Chef Wan berkata ibunya kini tidak tahu untuk berbuat apa-apa termasuk untuk mengikat kain sendiri.
BACA: Chef Wan Upah Jururawat RM6,000 Sebulan Untuk Jaga Ibu
View this post on Instagram
“Sampai satu tahap, dia hanya mampu memandang sepi pinggan tanpa berbuat apa-apa. Ini kerana otaknya tidak berfungsi dan menerima signal lagi. Dia juga tidak tahu nak buat apa-apa termasuk ikat kain sendiri pun dia tak tahu,” tulisnya.
Chef Wan turut meluahkan rasa kesal dengan sikap adik-beradiknya yang sering memberi pelbagai alasan untuk menjaga ibu mereka dalam keadaan sedemikian dan saling menunding jari.
“Saya ada beritahu kakak dan abang mengenai keadaan ibu dengan meminta mereka supaya meluangkan masa bersamanya.
“Seperti biasa, masing-masing mula menunding jari orang itu yang perlu jaga dan ini. Macam-macam alasan diberi. Sampai satu tahap, saya macam ‘suka hati kau orang la’.
“Bila time emak punya birthday party berduyun-duyun yang sampai. Bila time macam ni baik emak bapa atau anak-anak mereka takkan kita nak pi sembah suruh datang menziarahi emak itu? Ludah di langit memang timpa di muka sendiri orang kata,” katanya.
Difahamkan, ibu kepada Chef Wan iaitu Cik Ani yang kini mencecah 91 tahun, penghidap kanser payudara serta dimentia.
Xpe chef wan, mngkin mak tu lbih slesa dgn chef wan dr ank2 yg lain.sy pnah kne situasi bgini, ank2 tolak nk jga aruah mak. Mmg geram sy. Suma lpas tgn.tp prcya la chef, Allah tu akn bg gnjran bsar tuk chef wan.skrg pn da nmpk rzeki dtg dlm plbgai cra tuk chef. Truskan jga mak, tula syrga kite ntt
Samala dengan family saya ni chef.. abg2 n kakak kerja bagus, belajar tinggi2 tapi sibuk bergaduh berebut harta mak ayah. Dua orang abang kerja kerajaan, gred dah tinggi tapi kalau mak ayah nak berubat, nak minta GL punya kedekut, mak ayah saya macam sampai kena mengemis. Last2 mak ayah give up dah, tak mintak dah GL.. teruk betul perangai
Kesiannya Chef Wan… Xpa, besar pahalamu menjaga ibumu.. Semoga dipermudahkan urusan…
Benda mmg berlaku kt hampir semua org pun. X semua sanggup buat keje2 amal, x semua org sanggup jaga atau layan kerenah org tua, x semua org sanggup hadap dan hari2 layan org sakit! X semua org mampu urus keperluan org lain, x semua org ada kesabaran utk hadapi perkara itu hari2 atau utk satu jangka masa lama. Jd sapa2 yg mampu buat mmg kamu adalah manusia yg terpilih! Beruntung laa sbb Allah takdirkan kamu utk buat kerja mulia itu
Yer betul tu….
Dah sama2 tua kan Wan…. Toksah lah bergaduh adik beradik… Esok lusa Allah tarik nikmat kesihatan engkau pulak,ntah2 kakak abang yang ngko kutuk2 tu jugak yang uruskan ngko…
Xpyh la cerita kat dunia adik beradik semua xnk jaga…buka aib keluarga kat dunia…dah ALLAH pilih awak utk khidmat utk mak …syukur Alhamdulillah…bab² khidmat org tua ni kira sape buat dia dapat…tu je…yg xnak dia la rugi..
Berbakti le selagi emak chef masih ada,dia org x nak jaga xpe,chef teruskan.Insyaallah ganjaran besar menanti chef
Bila adik beradik nampak kita ni boleh diharap untuk menjaga mak ayah. Memang dia orang akan harapkan kita ni sorang je lah.
Tak apa lah. Moga ni asbab untuk ditambahkan lagi pahala untuk kita.
Bagi lola urusan jagaan mak pak ni kite jgn berdengki. Setiap anak walau tunggal atau 10beradek memg punya tgungjawab jaga mak ayh. Sape buat dia dpt dr segi rahmat ketenangan atau murah rezeki. Yg lepas tgn tu kt dunia ni dh nmpk perbezaan de segi sumua tu. Tmbh2 klo tk de bakti. Penyesalan seumur hidup.
bersabrlh chef kita redha kpda allah swt sja kuatkn iman jaga lh ibu mu dngn seiklasnya
insyaah hidupmu akn bhgia dunia dan akhirat ssungghnya redha allh swt ada pda ibumu kthuilh Ssungghny allh swt telh mmilihmu untk mnjga ibu mu. tk trblas jsa
ibu kita mlhir mnyusu mmbsrkn kita mnjdikn
kita yng trbaik mka ucplh alhmdulillh pda allh swt krna ibulh kita lhir kdunia jsanya tk trbls
wlau pun sbesar isi dnia ini kita brbkti kpdanya. kmi dsini mndoakn smoga dt chef wan dberkn kkuatan dn ksihtn Amiin yarbblalmin
Syukur chef wan terpilih dr ank² lain utk mnjaga dan merawat seorang mak yg telah uzur dan sgt mmerlukn perhatian .moga allah mmberkati chef wan dan melimpahkn lbh banyak rzki buat chef wan..
Syukur Alhamdulillah, Chef Wan adalah anak yg cukup baik. Semuga Allah beri ganjaran yg baik2 kpd Chef. Sy selalu dengar lagu “You Raised Me Up”… liriknya memberi byk kesedaran tentang mak ayah yg membesarkan kita.
Apalagi Chef wan baekkk…kata raihan..