Chef Wan Upah Jururawat RM6,000 Sebulan Untuk Jaga Ibu
Selebriti cef popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan mendedahkan beliau membayar hampir RM6,000 sebulan bagi mengupah jururawat yang menjaga ibunya Noraini Abdullah di rumah.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Chef Wan berkata jururawat berpengalaman itu tanggungjawab menjaga keperluan harian dan ubat-ubatan untuk ibunya yang menghidap demensia.
BACA: Chef Wan & Shikin Maembong Berdamai
“Ibu bersama jururawat dimensia atau kejururawatan kanser. Orang dari Sabah yang bekerja selama 4 tahun sebelum ini di rumah jagaan dan menjaga pesakit yang tenat.
“Ejen mereka mengenakan bayaran RM180 sehari dari 9 pagi hingga 6 petang setiap hari. Sebulan lebih kurang RM5800 ke lebih dengan OT. Biar la mereka bermesra dahulu sesama mereka ketika my mom is still sihat sedikit. Apabila tiba masanya dia boleh menanganinya dengan baik.
“Buat masa ini hanya waktu siang sahaja kerana pada waktu petang ada saya dan pembantu rumah saya masih ada untuk mengendalikannya.
“Saya berasa selesa bila ibu mendapat bantuan professional untuk mandikan dia, menukar lampin, memberinya sarapan, bagi ubat-ubatan dan sedikit senaman serta memastikan dia juga tidur siang dan petang,” tulisnya.
Menurut Chef Wan lagi, beliau sanggup berkorban lebih wang untuk ibunya agar mendapat penjagaan terbaik kerana baginya duit boleh dicari namun ibu adalah segala-galanya.
“Banyak bezanya bagi maid dan profesional nurse yang tahu handle dementia and cancer patient ni. Tak apa la duit boleh cari ibu ada la segala-galanya.
“U must always try to give her the best possible care so that she is happy and in comfort. Tak payah la beli kasut Gucci or Bag Prada lagi.
“Sedekahkan kepada kesejahteraan ibu kita sendiri. Itu la ada pengorbanan kita serta pahala kebajikan kita untuk akhirat nanti,” tulisnya.
sy pun teringin utk ayah, tapi sy tak mampu nak byr
Bagus! Bukan macam jantan2 melayu miskin tangkai jering penunggang agama yang membibikkan bini2 melayu yang tak reti nak bela diri lembik penakut jadi misi tak bergaji jaga mak mertua!
tak perlu la nak ckp bangsa??semoga Allah kembalikan kata2 busuk hati kau pada keluarga kau..amiiinn
Aaamiinnn. Saya sokong @jirankau
dah semua adik beradik dia tak nak menjaga walau pun digaji & tak nak menjalankan tanggungjawab begilir2 menjaga Ibu mereka… baca & tengok IG luahan Chef Wan. Syukur lah dia mampu…
Yang tak mampu terpaksa lah anak2 & menantu2 sama bergilir @ menjaga ibu/bapa yg dah tua lebih2 lagi anak yg diamanahkan menjaga org tua & harta pusaka. Semua kita pun melalui jalan hidup yg tua & mati itu pasti!