fbpx

Che Ta Dedah Bawa Tukang Masak Peribadi Ketika Bercuti

Pasti ramai yang tahu setiap kali pergi bercuti, pelakon Rozita Che Wan akan membawa jurugambar peribadinya. Rupanya bukan itu saja, baru-baru ini Che Ta mendedahkan dia juga turut membawa tukang masak peribadinya jika ke luar negara.

Che Ta memberitahu, dia sudah lama mempunyai jurumasak peribadi cuma tidak didedahkan. Kata Che Ta, tujuannya membawa tukang masak adalah untuk memudahkan mereka sekeluarga menikmati makanan Melayu memandangkan sukar untuk mencari hidangan tempatan di negara orang.

BACA: Foto Bogel Mirip Anak Tersebar, Che Ta Lapor SKMM

“Saya tekak Melayu. Jadi, memang kena makan nasi setiap hari. Apabila bawa cef ia memudahkan saya dan keluarga menikmati makanan yang diinginkan. Selalunya di luar negara nak cari nasi susah apatah lagi makanan Melayu. Apabila bawa cef tak bermakna saya bawa sekali bahan untuk memasak.

“Sebaliknya, cef saya akan ke pasaraya berdekatan untuk mencari bahan keperluan memasak,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Che Ta lagi, dia sudah menggunakan khidmat cef berkenaan sejak empat tahun lalu dan sudah tahu cita rasa mereka sekeluarga.

“Setakat ini hidangan disediakan menepati cita rasa saya dan keluarga. Lagi pun, dia senang bekerjasama. Dalam masa sama dia sudah arif dengan cita rasa dan makanan kegemaran saya. Selain itu, saya rasa tidak salah berkongsi rezeki dengan orang lain. Itu lebih baik dan akan dimurahkan rezeki lagi pada masa akan datang,” katanya.