Foto Bogel Mirip Anak Tersebar, Che Ta Lapor SKMM
Sejak semalam kecoh di media sosial dengan penyebaran gambar bogel seorang remaja lelaki yang didakwa mirip anak sulung pelakon popular Rozita Che Wan iaitu Ammar Effendy.
Bagaimanapun, Che Ta memberitahu anaknya baru saja mengetahui tentang perkara tersebut dan pihaknya sudah pun membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.
BACA: Gambar Bogel Anak Rozita Che Wan Tersebar?
“Ammar baru dapat tahu mengenai penyebaran gambar itu hari ini. Disebabkan itu, Ammar dan pengurus saya sudah buat laporan kepada pihak SKMM.
“Biarlah pihak bertanggungjawab menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Che Ta lagi, dia sudah masak dengan kontroversi seperti itu sejak berkecimpung dalam industri hiburan tanah air 13 tahun lalu.
“Saya enggan ambil pusing kerana di era teknologi yang serba moden ini pelbagai benda boleh dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan berniat jahat,” katanya.
Terdahulu, dua keping gambar menunjukkan remaja lelaki hanya menutupi kemaluannya tanpa seurat benang berserta kepsyen, “Gambar nakal anak selebriti terkenal tersebar”, menjadi bualan ramai di laman Twitter .
- SUMBER
- Harian Metro
apasal muka anak dia nampak berumur?
Nenek cakap edit… haha
Xda maknanya video tu edit. Gambar tu ye lah edit tutup dgn aiskrim. Haha.. itu bukan memancut.. itu mengalir.. sedihnya klimaks dia. Badan sado tapi air setakat mengalir.
Siapa plak yng nak mjatuhkan imej anak nenek? Femes ke wei?
Dah keluar video pun… berlambak org share dlm Twitter.
Satu keluarga malu.
Gambar artis bogel tersebar mmg kerap berlaku dulu2, tp gambar anak lelaki artis bogel mcm x pernah berlaku seingat dulu2. Lg pun bdk ni bkn hot sngt pun. Lain laa adik Lofa tu kalo gambar dia tersebar aku pun nk cari kakaka..
hati2 laa main handset ni……. jgn malukan keluarga