Kecoh dunia hiburan hari ini apabila laporan akhbar menyebut Aidil Zafuan telah bertindak menceraikan isterinya, aktress Rita Rudaini hanya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) semalam.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
BACA: Rita Rudaini Sahkan Dicerai Melalui SMS Petang Ahad Lalu
Ada juga cakap cakap mengatakan kemuncak dinginnya hubungan mereka apabila Rita Rudaini meluahkan perasaan bengang terhadap Aidil Zafuan yang kini menjalinkan hubungan dengan wanita bernama Zarema.
Bercakap kepada Utusan Malaysia hari ini, Aidil Zafuan meminta supaya semua pihak menunggu perbicaraan kesnya di mahkamah bagi menjawab isu lafaz cerai terhadap isterinya, pelakon Rita Rudaini.
“Saya tidak akan kata ya atau tidak sekarang ini. Tunggu saja di mahkamah nanti,” katanya memilih enggan mengulas mengenai cerita cerai sebagai menghormati Ramadan dan Syawal yang akan menjelang.
“Lagi pun, dia (Rita Rudaini) adalah ibu kepada anak-anak saya. Jika ada apa-apa yang berlaku antara kami, lebih elok jika ianya diselesaikan di mahkamah nanti,” tambah Aidil Zafuan lagi.