Rupa rupanya, ada laporan akhbar menyebut tentang Aidil Zafuan yang menceraikan Rita Rudaini melalui sistem pesanan ringkas (SMS) — dan kejadian ini berlaku petang Ahad sebelum waktu berbuka.

Laporan Berita Harian hari ini menyebuut yang Rita Rudaini mengesahkan menerima kiriman SMS daripada Aidil Zafuan petang semalam selepas berlaku perang SMS antara mereka sebelum itu.

Rita Rudaini turut mendedahkan yang antara butiran SMS yang di’terima dari Aidil Zafuan bertulis “Aku ceraikan kau talak satu”.

“Selepas hampir dua tahun kes penceraian kami berdua berlangsung di mahkamah, akhirnya hari ini (semalam) Aidil menceraikan saya dengan talak satu menerusi SMS,” ujar Rita Rudaini.

“Saya perlu terima keputusan ini dengan hati yang terbuka hanya beberapa jam sebelum masuk waktu berbuka. Kini segala galanya sudah jelas, Aidil akhirnya menceraikan saya”

“Bagaimanapun, kehidupan perlu diteruskan dan saya perlu lebih tabah,” tambahnya lagi yang kini berada di Perlis untuk menyambut Aidilfitri.