Buat Rawatan Tanam Benang, Amelina Nafi Ubah Wajah
Baru-baru ini, perkongsian ratu dangdut, Amelina menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video proses rawatan tanam benang atau ‘threadlift’ pada pada rahang dan hidungnya.
Sebanyak enam benang dimasukkan ke dalam rahang Amelina, perkongsiannya itu sekali gus membuatkan netizen seram melihat proses berkenaan.
BACA: Amelina Akui Duit KWSP Sudah Habis Dikorek
Tidak mahu tindakannya itu disalah ertikan, Amelina memberitahu rawatan itu dilakukan hanya untuk membaiki keadaan wajah dan bukan untuk mengubah rupa bentuk.
View this post on Instagram
“Kaklong tak nak hidung Angelina Jolie sebab kaklong rasa hidung kakling paling cantik. Kaklong tak nak pergi kopak kulit muka kaklong sebab kaklong nak jadi muka budak 16 tahun dah sah-sah kaklong 40-an. Itu merubah namanya bukan membaiki,” katanya.
Amelina sekali lagi menegaskan dia hanya menegangkan kulit dan tiada perubahan dibuat. Jelasnya lagi, dia hanya mahu dirinya kelihatan seperti dahulu yang lebih ‘presentable’.
“Kalau sagging kita tegangkan, kalau gemuk kita kuruskan yang penting jangan kau lapah sana, kopak sini, sumbat segala besi ,plastik segala macam.
“Buat apa yang perlu jangan terlalu obses. Buat sesuatu yang bersifat sementara jagan yang kekal,” katanya.
ada aku nampak cerita ni kt forum cari.. gambar yg disertakan tu.. nampak jelas la effect benda dia buat ni.. makin lawa..
tahniah lah makcik
Muka dah macam Rahmat mega ditarik tarik
Jujur ckp….x cantik jgk..hasilnye..
Sma je cm dolu2 muka nye . Tk banyak beza sangat. Cuma nmpak fresh je muka dn muka dlu nmpak jatuh dan kusam skit..
Sama je muka nye yg dolu2.. cuma yg beza nye lepas buat nmpak muka dia fresh skit n tegang kot. Kalau muka before buat tu nmpak jatuh n kusam skit..
Aku tgk.sama jekkk.nak lain skit letak rambut mengerbang.sah sebijik muka hantu kak limah.cam kembor plak aku tgk
Takpelah kak, dia masih nak kena sara anak2 perlu look good. Takde beza cuma nampak lebih segar, tapi rasanya sama effect kalau pakai chemical peel…
itu la artis.. bile ade duit.. time ssh nnti mula la cite sedih kluar.. buat la simpnn