Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsikan kenangan terakhirnya bersama Allahyarhamah Tun Dr Hasmah ketika bersama-sama membuat persembahan.

Menerusi hantaran itu, Siti berkata Tun Hasmah ada berbisik kepadanya memberitahu mungkin itu adalah persembahan terakhir mereka bersama.

BACA: Siti Nurhaliza Terima Ijazah Kehormat Sarjana Seni Kreatif Dan Media 

“Kenangan bersama Bonda Tun Hasmah takkan hilang dari ingatan saya selamanya. Semasa persembahan ini Bonda Tun bisik pada saya, ini mungkin persembahan terakhirnya bersama saya.

“Kerana itulah saya tak dapat menahan air mata dan terus menangis sepanjang latihan bersama arwah,” tulisnya.

Lebih sebak apabila Siti berkata pelukan erat yang diterima daripada Allahyarhamah membuatkan dia tidak mahu melepaskan pada ketika itu.

“Saya dapat rasakan pelukan erat seorang ibu, saya pun rasa tak nak lepaskan pelukan erat itu,” katanya.

×