Berhati-hati dengan kejadian yang menimpa rakan selebriti yang lain apabila bergandingan dengan pelakon yang sudah berkahwin, Emma Maembong dalam masa yang sama turut cuba mengelakkan sebarang masalah.
BACA: Emma Maembong Masuk Hospital Kerana Serangan Virus
“Saya tidak menafikan ketika menerima tawaran berlakon bersama Hisyam, saya bimbang bolehkah kami mendapatkan keserasian? Apatah lagi, Hisyam berstatus suami orang dan ia membuatkan saya berasa bimbang”
“Namun, selepas beberapa lama berada di lokasi penggambaran, saya berasa semakin selesa apatah lagi Rosmawati banyak membantu kami,” katanya yang pertama kali bergandingan dengan Hisyam menerusi drama bersiri Sayang Papa Saya Tak?
Tambah Emma, isteri Hisyam, Rosmawati Hanafi juga turut membantu dalam memberi idea untuk membuatkan sesuatu babak itu lebih menarik. (rtky/s)





