fbpx

Emma Maembong Masuk Hospital Kerana Serangan Virus

Tidak menyangka sakit perut yang dialaminya semalam menyebabkan Emma Maembong terpaksa dikejarkan ke hospital. Walaupun pada awalnya enggan mendapatkan rawatan kerana menganggap ianya sakit perut biasa, namun setelah mendapatkan rawatan Emma didapati mengalami jangkitan virus yang menyebabkan kesihatannya terganggu sejak pagi tadi.

BACA: Kamal Adli Bakal Risik Emma Maembong Disember Ini?

“Buat masa ini, Emma masih tidur selepas diberikan ubat. Doktor memang memintanya supaya tidak diganggu. Sekarang kesakitannya sudah berkurangan, cuma tidak boleh ada pelawat. Kalau tengok keadaannya malam tadi, memang membimbangkan walaupun sebenarnya Emma tidak mahu dimasukkan ke hospital kerana komitmen kerja hari ini”

“Namun, dalam keadaan begini kesihatannya perlu menjadi keutamaan dan kami berterima kasih kerana pihak berkaitan pun memahami situasi ini. Kami minta maaf kerana menyebabkan komitmen kerja tergendala. Saya sendiri tidak dimaklumkan berapa lama Emma akan ditahan di hospital,” jelas pengurusnya, Nana Rosham kepada Berita Harian Online.

Terdahulu, menerusi akaun Instagram, Nana juga sempat berkongsikan berita itu kepada peminat mengenai kesihatan Emma yang sakit. Sekeping gambar juga dimuat naik menunjukkan Emma sedang terlantar kepenatan di katil hospital terbabit. Mungkin Emma sebenarnya terlalu penat bekerja, apapun, semoga Emma akan cepat sembuh dan serta perbanyakkan rehat. (rkty/w)