fbpx

Betty Rahmad Kecewa Pembantu Rumah Lari Balik Kampung

Pelakon dan juga adik kepada Erma Fatima dan Datin Umie Aida iaitu Betty Rahmad meluahkan rasa kecewa apabila menyedari pembantu rumahnya melarikan diri ketika mereka sekeluarga baru bangun dari tidur keesokan harinya.

Menerusi perkongsian di Instaram, Betty memuat naik dua keping foto bersama anaknya Ardy Wira yang menerung nasib apabila pembantu rumah yang dikenali sebagai Anim meningalkan rumah begitu sahaja.

BACA: Betty Rahmad Serik Minum Dalgona Coffee Sebab …

Menurut Betty pembantu rumahnya itu melarikan diri kerana dia tidak dibenarkan pulang ke kampung. Katanya lagi, dia bukan tidak mahu izinkan tetapi berikutan wabak pandemik COVID-19 yang masih belum reda.

“Officially maidless. Sedihnya bangun tidur harini pembantu kami dah tiada. Tak sangka. Alasan dia pergi sebab nak balik kampung bulan ni dan kami tak bagi.

“Bukan sengaja tak bagi, dengan Covid yang tengah teruk sekarang ni macam manalah nak balik dan masuk sini balik,” tulisnya.

Kata Betty lagi, pembantu rumahnya mahu pulang mengikut ‘jalan belakang’ dengan menaiki kapal haram sedangkan dia dan suami meminta untuk pulang ke kampung Januari tahun depan dengan menaiki kapal terbang.

“Dia nak ikut ‘jalan belakang’ naik kapal haram. Lagilah me and husband tak setuju. Permit pun baru renew. Kita mintak dia balik Januari depan bila covid semua ni dah reda so balik dengan selamat naik flight dan datang pun naik flight. Bukan secara haram,” tulisnya.

Meskipun kecewa dengan tindakan pembantu rumahnya itu, Betty sempat sempat mengucapkan terima kasih di atas pertolongannya selama ini dan berharap wanita itu bahagia dengan keputusannya itu.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan selebriti dan peminat yang memberikan kata-kata sokongan serta semoga pelakon itu tabah dengan ujian tersebut.