fbpx

Betty Rahmad Serik Minum Dalgona Coffee Sebab …

Sebut sahaja Dalgona coffee pasti ramai sudah mencuba minuman kopi ini yang sedang tular di media sosial. Turut tidak ketinggalan Betty Rahmad yang baru saja mencuba minuman tersebut dan menceritakan pengalamannya.

Menurut Betty, kerana terjebak dengan minuman viral itu beliau berasa hyper sehingga jantung berdenyut laju. Kemudian beliau mula diserang anxiety sehingga banyak berfikir perkara yang bukan-bukan.

“Terpengaruh dengan social media punya pasal haritu terjebak dengan Dalgona coffee. Siapa yang belum try dan tak biasa dengan coffee please read this. Nak share experience saya haritu lepas minum air viral ni”

“Mula-mula hyper lepas tu jantung laju. Bila jantung dah laju macam-macam benda negative dalam kepala dengan situation dunia sekarang. Pastu malam susah nak tidur, paranoid sampai rasa ada anxiety,” katanya.

Jelas Betty lagi, beliau pada awalnya menyangka terlalu banyak berfikir mula sedar minuman viral itu punya kesan sampingan apabila membaca keratan artikel mengenai individu yang mengalami keadaan yang hampir sama dengannya.

Apapun yang dicuba tidak kiralah minuman atau makanan haruslah diambil secara sederhana. Tidak dinafikan minuman ini mempunyai kandungan kafein dan gula yang tinggi jadi haruslah berhati-hati. (rtky/w)