fbpx

Bertanding PRU14, 5 Fakta Menarik Tentang Azwan Ali

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Azwan Ali mengesahkan bahawa dia akan bertanding sebagai calon Bebas pada PRU Ke-14 dan menentang abangnya sendiri iaitu Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Walaupun terkenal sebagai personaliti yang mulut becok dan lantang, Azwan Ali mempunyai pengikutnya sendiri yang sentiasa menyokongnya.

Selain merupakan adik kepada Menteri Besar Selangor, pasti ramai yang tidak tahu bahawa Azwan Ali sebenarnya bukan calang-calang orang. Siapa sangka Diva AA ini memiliki latar belakang pendidikan yang tinggi.

Kami senaraikan 5 perkara tentang Azwan Ali yang mungkin ramai tidak tahu.

1. Miliki Sarjana Muda Undang-Undang

Jangan pandang Azwan Ali sebelah mata. Siapa sangka dia merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya pada tahun 1991. Namun, Azwan lebih meminati dengan dunia penyiaran.

2. Pernah hasilkan buku ‘Selamat Jalan Dunia Pondan’

Rupanya Azwan Ali pernah menghasilkan buku tentang kehidupannya sendiri selama dia menceburi industri hiburan dan pernah dicop sebagai selebriti pondan ada diceritakan dalam buku tersebut. Diterbitkan pada tahun 2011, buku itu juga ada turut menceritakan kisah jatuh bangun Azwan Ali.

3. Adik-beradik terlibat dalam dunia politik

Semua tahu abang kepada Azwan Ali iaitu YB Azmin Ali, Menteri Besar Selangor. Tapi ramai yang tidak tahu mereka ada seorang lagi adik iaitu Umie Hafilda Ali. Nama Umie Hafilda pernah peopular sekitar tahun 1998 selepas dia terlibat dalam perbicaraan keas liwat melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Sering terpalit dengan kontroversi panas

Sebut je nama Azwan Ali memang banyak gosip tentang dirinya. Tapi mesti ramai yang masih ingat lagi gosip tentang pergaduhannya dengan seorang lagi pengacara paling popular pada ketika itu iaitu Aznil Hj Nawawi. Punca pergaduhan itu dikatakan masing-masing berebut untuk menjadi pengacara nombor satu Malaysia.

5. Bakal bertanding di DUN Bukit Antarabangsa

Selepas berlaku krisis di antara adik-beradik tersebut, Azwan Ali menyeluarkan kenyataan akan membantu Perdana Menteri, Najib Tun Razak untuk menjatuhkan abangnya sendiri. Azwan bakal bertanding di DUN Bukit Antarabangsa sebagai calon Bebas dengan menggunakan logo Gajah. Azwan Ali turut berjanji akan belanja rendang jika dia ditakdirkan menang.