Kes Zara Qairina: Lima Remaja Tak Mengaku Salah Mencela, Guna Kata Kesat

Lima remaja didakwa di Mahkamah Kanak-kanak di Kota Kinabatu Sabah, hari ini atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela dan menggunakan kata-kata kesat terhadap Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Memetik Sinar Harian, bagaimanapun kesemua mereka mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Elsie Primus.

BACA:  Kes Zara Qairina: Datuk Ram Singh Mewakili Tertuduh Pertama

Mengikut pertuduhan, mereka dituduh menggunakan perkataan mencela terhadap mangsa, yang mana perkataan tersebut didengari yang mungkin menyebabkan mangsa berasa terganggu dengan perkataan tersebut. pada 15 Julai lalu kira-kira 10 malam sehingga 11 malam.

 Sehubungan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Akta yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sumber: Sinar Harian

×