Halim Othman Reda Myra Berbinti Abdullah
Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Myra Natasya mendedahkan bahawa dia merupakan anak tunggal kepada bekas penyampai radio dan pengacara, Halim Othman.
Pendedahan itu mengejutkan ramai sekaligus mengundang pelbagai spekulasi netizen, malah netizen bertindak menyiasat biodata gadis itu namun hairan apabila tertulis nama sebenar Yusmyra Natasya Abdullah.
BACA: Ramai Hairan Kenapa Myra Natasya Anak Halim Othman Guna Binti Abdullah?
Bagaimanapun, segalanya terjawab apabila Myra berkata berkata ibunya Yusnita Omar berkahwin dengan Halim di Thailand pada 1994.
Memetik Harian Metro, Halim berkata dia dan bekas isteri tidak sampai setahun hidup bersama selepas berkahwin pada 1994 dan apabila Myra dilahirkan pada 1995, mereka sudah tidak duduk sebumbung.
“Memang saya tak daftarkan perkahwinan di Malaysia, sebab rumah tangga itu dah tak aman dan saya bersama ibu Myra akhirnya membawa haluan hidup masing-masing.
“Masa daftarkan itu memang bekas isteri letak nama bapa Myra, Abdullah sebab perkahwinan kami di Thailand berkenaan tidak didaftarkan di Malaysia dan ia dianggap tidak sah.
“Ketika itu, saya juga kata kepada bekas isteri tidak perlu besarkan cerita yang Myra anak saya, sebab tak mahu jadi ‘complicated’ dan dia akan terganggu,” katanya.
Dalam pada itu, Halim berkata Myra dijaga sepenuhnya oleh bekas isterinya selepas mereka berpisah. Menurut Halim lagi, dia mengakui pada mulanya kurang selesa dan tak berpuas hati anaknya berbintikan Abdullah, namun dia reda di atas apa yang berlaku.
“Tetapi, apabila dah tersedar sekarang, saya terimalah hakikat Myra binti Abdullah itu dan percaya ada rahmat di sebaliknya. Sesungguhnya, Allah Maha Tahu.
“Malah, bila mana saya fikir-fikirkan lagi, kadang-kadang nama ini apabila kita terima dengan ikhlas binti Abdullah itu mungkin ia juga membawa banyak tuah kepada Myra sekarang.
“Alhamdulillah, saya reda dengan nama Myra binti Abdullah itu dan dengan penjelasan ini kisah kami boleh ditutup dan sekarang ‘move on’ untuk kehidupan seterusnya. Malah, saya juga bersyukur hubungan dengan ibu Myra juga semakin baik,” katanya.
Dalam pada itu, Halim gembira apabila kisah Myra diterima baik oleh orang ramai meskipun ada segelintir netizen membuat spekulasi.
“Saya terima semua komen yang baik-baik ditulis itu. Saya juga tak marah dengan komen yang sebaliknya daripada netizen. Begitu juga dengan penjelasan saya ini, terpulanglah kepada mereka nak terima atau mahu fikir apa. Terserah,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Sebab tu pasai jgn pi kahwin kat Songkla, Thai suma! Cinta itu padah bila otak tak dapat berhubung pikiran cetek. Pikir nasib anak2 yg bakal dilahirkan. Aku cakap pasai ada keluarga aku pi kahwin sana! Hidup lg susah adalah! Tengok retis Rita sudahh. Kesian nasib anak2. Bila awai2 kahwin tak cantik lagu ni, itu petanda! Anak muda tolong jgn sedap nafsu jah nooo! Pikiaq keluarga buat kenduri or nikah ja kat Malaysia!!!! Budussss
lol, ko x daftar lg nak spin!
amboiiii muluttt!!!! ko ingt yg kawen sne sma masalah dgn keluarga ko ker? jgn ckp sedap mlut je, keluarga ko, ko punya hal laaa… org lain ko tktaw ujung pangkal jgn sedap nk mengata tk pakai otak la, ape laa… ko pn ckp bkn takat tak guna otak, akal pn ko letak kt lutut! jga ckit mlut tu, bahana nnt kne merangkak cr org tu kt padang masyar…. ko kawen kt mesia tp mulut mcm israel!!!
Assalammualaikum. Salam Ramadan, En Farizan, next time cuba call artis tu sendiri & dapatkan feedback dari si empunya diri. Tak manis la, ambil artikel org lain & letak byline sendiri. Harap dapat terima teguran ini. Terima kasih.
Biarlah org pnye mslh korang tak tau. Yg korang tau mengeji menghina org. Die tak nyusahkan korang pun. Die tk mengemis ngn korang pun. Die tak lepas tgungjwb pun pd anak die. Pandangan Allah pd kite is matter! Pandangan Manusia lain pegi jahanam. Pedulikkan kata nista org, just move forward n never look back!
Knp Rotikaya ni byk iklan.. semak. Jumpa di cari forum. com . my.. gosip lg best!!!
pelik mcm mana bdk ni boleh daftar kat JPN berbintikan Abdullah. klw dokumen kahwin pun takde mcm mana mak dia register kat klinik/hospital dulu. selamba cakap takde dokumen la ye dan terang2 sama je mcm anak tak sah taraf. ramai lagi org kat luar sana masalah yg sama. jika kes HO ni JPN boleh kawtim, maka lepas ni berderet la akan pg JPN minta register baru nama bapak, ikut nama “bapak” betul. dokumen takde pun takpe janji bapak dan mak dtg ke JPN “mengaku” kata mmg kami kawin kat luar negara, tp takde dokumen… sesenang dan semudah ini saja skang. Hebat la JPN klw dapat mudahkan cara ni utk HO … TERBAIK…
Ooh…penulisan ni diciplak oleh orang RotiKaya ye! Nampak benar jenis kuat autar. Tak malu pergi letak byline, macam dia punya cerita.