fbpx

“Bersendirian Lebih Baik Daripada Bersama Dengan Orang Yang Salah”

Baru-baru ini, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada dilihat berkongsi foto bersama kata-kata petikan.

Menerusi entri itu, kata-kata petikan itu memberitahu bersendirian lebih baik daripada hidup bersama dengan orang yang salah.

BACA: “Allah Dah Tunjuk Saya Tak Berbohong”

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan ianya mengenai apa dan ditujukan kepada siapa.

Sabtu lalu, bekas suaminya selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati, Athira Yuhada. Malah, Hafidz mengatakan Athira merupakan cinta pertamanya dan sudah saling mengenali sejak usia 15 tahun lagi.

Terdahulu, mahkamah mengesahkan lafaz yang dibuat Hafidz pada 22 Februari lalu adalah sah dan Shuhada tidak perlu jalani tempoh edah yang telah selesai pada 23 April lalu.