fbpx

“Allah Dah Tunjuk Saya Tak Berbohong”

Teka teki mengenai majlis pernikahan Hafidz Roshdi dan Athira Yuhada akhirnya terjawab apabila pelakon itu mengumumkan mengenai berita pernikahannya pagi tadi.

Memetik Harian Metro, bekas isteri kepada pelakon itu iaitu Nurul Shuhada gembira apabila hajat bekas suaminya untuk berkahwin dengan Athira tercapai.

BACA: “Athira Terima Saya Seadanya, Susah Senang Bersama Dari Dulu Lagi”

“Itu hajat dia walau kami masih bergelar suami isteri. Ini jalan yang dia pilih, baguslah.

“Selamat maju jaya dalam hidup. Insya-Allah, Allah Maha Baik,  saya juga gembira, sekurang-kurangnya Allah dah tunjukkan yang saya tidak berbohong mengenai perkara ini,” katanya.

Terdahulu, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada  pada 30 April 2016, namun mereka bercerai pada 27 Julai. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Humairah dan Umar.